
Sembang Santai
tuannippon: weih..napa senyp ni?? moderator mana?? hohoho 07-Sep-2008 14:51:49 zlha183: kt mna nk ckp psl database kt mna yer... 07-Sep-2008 07:37:35 drc4rd1n_4dd1c7: ada KEY utk Kaspersky Anitivirus 2009 tak?? reply me! 05-Sep-2008 14:46:33 chomey: ramai yg x aktif...moderator should do something to make thsi website more fun 28-Aug-2008 15:44:49 cuakteam: kalo ada benda download baru ramai org dtg sinie..hehehe 23-Aug-2008 10:24:20 Ikan-Bawal: boley ker nk send2 lirik? 04-Aug-2008 12:10:46 chomey: nape xdo lirik lagu lagi? 29-Jul-2008 08:39:54 HeartDisk: ha ah, ramai tak aktif, takpo, kite slow n steady. tak cukup tgn nak mengaktifkan semua orang  29-Jul-2008 02:15:50 Ikan-Bawal: site nie ramai yg x active la... 28-Jul-2008 06:02:18 KF_38: hye 18-Jul-2008 13:01:56

Main Menu
Portal Menu Krew Forum / Diskusi Carian Web Penulisan

User Info
 Welcome Anonymous
Membership:
 Latest: akhirizmi
 New Today: 0
 New Yesterday: 1
 Overall: 146
People Online:
 Members: 0
 Visitors: 2
 Total: 2
Who Is Where: Visitors:01: Home
02: Home
Staff Online:No staff members are online!

Jumlah kunjungan
We have received 21280page views since June 29, 2008
|
 |
Selamat Datang Ke Wira4ce! |
 |
Terlebih dahulu kami memohon maaf kepada semua ahli wira4ce.com kerana kehilangan data-data anda. Untuk makluman saudara dan saudari, server yang digunakan wira4ce sebelum ini telah pun nazak dan meninggalkan dunia, sekali gus membawa data-data penting yang terdapat dalam web tersebut.
Pihak kami berharap agar anda dapat mendaftarkan diri anda semula dan menjadi ahli kami. Wassalam 
Posted on Friday, June 27
 |
New Forum Posts |
 |
 |
Liwat VS Antaltuya |
 |
PEKAN 5 Julai – Datuk Seri Najib Tun Ra(edited) berkata, beliau tidak gentar menghadapi dugaan termasuk fitnah yang dilemparkan kepadanya kerana yakin kebenaran akan muncul jua. Menurut Timbalan Perdana Menteri, beliau dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor akan menghadapi segala tuduhan dengan sabar dan tenang. ‘‘Saya tidak gentar menghadapi dugaan, saya tidak ta(edited) menghadapi fitnah kerana kebenaran tetap akan muncul nanti. Saya dan isteri akan menghadapi segala-galanya. ‘‘Saya tahu kebenaran tetap akan timbul dan yang hak akan mengatasi yang batil. Allah sahajalah yang menentukan mana yang benar, Allah juga yang akan membalas (kejahatan) kalau tidak di dunia ini, di akhirat. Silap-silapnya tak payah di akhirat, di dunia pun dah dapat balasannya,” katanya. Najib berkata demikian ketika berucap merasmikan Persidangan Berkelompok Tahunan UMNO Bahagian Pekan di sini hari ini. Menurut beliau, sebagai hamba Allah, apa yang harus dila(edited)an sekarang ialah meneruskan perjuangan bagi memastikan agenda rakyat dapat direalisasikan segera.‘‘Saya akan terus berjuang dan berbakti untuk kepentingan rakyat sama ada di kawasan Pekan mahupun di seluruh negara. Saya akan teruskan apa yang saya buat.‘‘Saya akan terima orang yang datang ke rumah saya, setakat mana saya mampu melayani mereka. Setakat mana yang saya boleh (penuhi permintaan) tandatangan surat, saya tandatangan surat. Minta saya tenyeh, saya tenyeh.‘‘Minta tolong saya, sekadar saya mampu tolong, saya tolong. Saya akan buat... akan berbakti kerana itu amanah dan tanggungjawab saya. Tetapi tuan-tuan dan puan- puan pun ada tanggungjawab. Tanggungjawab memastikan UMNO terus kuat,” katanya. Dalam hal ini, beliau menggesa pemimpin parti pelbagai peringkat membantu memberi penjelasan kepada rakyat tentang apa yang berlaku di dalam negara dan bukan hanya pandai mengkritik pucuk pimpinan. Najib turut mengingatkan mereka yang telah dipilih sebagai wakil rakyat pada pilihan raya umum lalu, agar bekerja keras untuk terus memenangi hati rakyat.
‘‘Ini kita duduk di kedai kopi, di situ kita kritik pemimpin, semua tidak betul, walhal kita lebih banyak tidak betul, lebih banyak tidak buat kerja, lebih banyak melunjur kaki daripada berjuang dan berjihad untuk parti, bangsa, negara dan agama.‘‘Buat kerja. Ini bukannya masa untuk kita berbalah sesama sendiri. Bukan masa untuk kita berkerumun, berlonggok sana, berlonggok sini mengata orang. Ini masa pastikan kegemilangan UMNO akan timbul balik di kawasan kita dan negara,” kata beliau.Beliau mahu setiap pemimpin yang diberi amanah memastikan semua rakyat di kawasan masing-masing berpuas hati dengan perkhidmatan mereka.‘‘Maknanya, jangan jaga penyokong kita sahaja, saudara mara kita sahaja, puak-puak kita sahaja (tetapi) semua orang iaitu ahli UMNO, yang bakal menjadi ahli UMNO, bakal menyokong Barisan Nasional, semuanya mesti di bawah naungan UMNO,” katanya. Beliau percaya, segala usaha dan bakti tersebut jika dila(edited)an dengan hati yang ikhlas, akan menjadi benteng serta perisai kepada mereka sendiri dalam berhadapan dengan segala dugaan dan cabaran.Bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Peramu Jaya 3 di padang awam Peramu Jaya di sini pula, Najib berkata, beliau tidak bercadang memohon perintah injunksi bagi menghalang mana-mana pihak daripada memfitnahnya dengan kes pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu.Baginya langkah itu tidak perlu terutama selepas penyiasat persendirian, P. Balasubramaniam yang menuduh kononnya beliau ada hubungan dengan wanita Mongolia itu sendiri menarik balik akuan bersumpahnya.Tegas beliau, penarikan balik akuan bersumpah itu sekali gus membuktikan dirinya tidak ada kaitan dengan Altantuya.‘‘Buat apa saya hendak dapatkan perintah injunksi kerana dia (Balasubramaniam) telah menarik balik akuan bersumpah yang pertama itu,” tegasnya.Najib memberitahu, pihaknya bagaimanapun menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan terhadap Balasubramaniam berhubung akuan bersumpahnya itu.
‘‘Saya tidak mahu berlindung di sebalik perintah injunksi. Saya perlu membuat penafian sekeras-kerasnya terlebih dahulu tetapi sebelum saya mengambil tindakan selanjutnya, dia (Balasubramaniam) telah menarik balik,” katanya.Najib menjelaskan, tindakannya membuat penafian terhadap tuduhan yang terkandung dalam akuan bersumpah pertama Balasubramaniam itu kerana pembangkang telah mempolitikkan kes pembunuhan Altantuya yang sedang dibicarakan di mahkamah.Mengulas sama ada perkembangan terbaru itu menggugat kestabilan UMNO, Najib yang juga Timbalan Presiden parti yakin ahli semakin matang dalam menilai segala yang berlaku.
pst : betui ka apa u kate ni najib?
|
 |
|
 |
Kaspersky Without Keys |
 |
1- go To ( Start ) then ( Run )
2- Type ( regedit ) and press ( OK )
3- Go To ( HKEY_LOCAL_MACHINE\SOFTWARE\KasperskyLab\AVP6\Data ) & Right Click On ( Data ) & Choose ( Permissions )
4- Choose ( Advanced ) From The ( Permissions For Data ) New Window Opened
5- In ( Advanced Security Settings for Data ) Window .. There is a sentnce which begin with ( Inherit from parent ... ) click on the nike or check mark to remove it
6- After Removing the check or nike mark you will get a new message .. choose from it ( Remove )
7- Then in ( Advanced Security Settings for Data ) click on ( Apply )
8- After Clicking Apply you will get a new message choose ( Yes )
9- After That Press ( OK ) In ( Advanced Security Settings for Data )
10- After That .. Press ( OK ) In ( Permissions For Data )
11- After That Make An ( Exit ) For ( KasperSky ) .. & Run It Again
12- You Will Notice That The Kaspersky Icon Is Not ( RED ) But Its ( GRAY ) Which means that the program is not activated
13- But if you opened it you will see al things are working perfect 100% Working
What Happened To The Program After These Steps ?
- You Will update the kaspersky database manually ... no automatic updates
- thw windows security center will tell you that the firewall or\and antivirus is not working ... bec you made the kasper seemed unactiviated
|
 |
|
 |
Nokia N78 |
 |
NOKIA sekali lagi mengorak langkah mengukuhkan kedudukannya sebagai peneraju perkakas telekomunikasi dengan mengumumkan model telefon bimbit terbarunya Nokia N78 yang dikatakan membuka pengalaman baru kepada pengguna terhadap dunia mobiliti.
Model N78 yang menawarkan pengalaman komputer multimedia kepada pengguna itu membolehkan pengguna berinteraksi secara mobiliti terhadap muzik, navigasi dan juga fotografi.
Dilengkapi dengan ciri serta fungsi pintar, N78 membolehkan pengguna untuk berkongsi pengalaman multimedia menerusi Internet.
Menerusi proses penyepaduan digital, model tersebut dilengkapi dengan kemudahan sambungan wayarles Capaian Paket Pindah Turun Berkelajuan Tinggi (HSDPA) dan WLAN yang pasti menjanjikan sambungan pantas Internet.
Kemudahan tersebut membolehkan pelbagai aplikasi seperti muzik, imej, video dan banyak lagi dikongsi menerusi penyelarasan model telefon tersebut terhadap laman web Ovi, Flickr ataupun blog VOG.
Antara keistimewaan yang terdapat pada model tersebut adalah pada aplikasi Sistem Penentu Kedudukan Global (GPS) yang turut diselaraskan dengan kemudahan kamera.
Secara tidak langsung, aplikasi A-GPS model tersebut bukan sahaja membolehkan pengguna untuk mencari lokasi dari peta, malahan berupaya menandakan tempat yang sudah dilawati dengan mengambil gambar.
ikon kamera
Pada masa yang sama, secara automatik ikon kamera akan muncul pada peta A-GPS yang menandakan bahawa lokasi tersebut pernah dilawati.
Selain itu, aplikasi ini juga membantu pengguna dengan memberi maklumat terperinci tentang lokasi yang dilawati seperti masa, tempat dan tarikh.
Aplikasi tersebut juga membolehkan pengguna untuk berkongsi pengalaman percutian dengan memaparkan foto yang diambil pada laman web yang tersedia.
Dalam pada itu, pengalaman fotografi pengguna diperhebatkan dengan kehadiran kemudahan kamera Carl Zeiss bersaiz 3.2 mega piksel.
Justeru itu, kemudahan tersebut nyata membolehkan pengguna untuk menghasilkan rakaman foto dan video yang terang lagi jelas.
Dari segi ruang simpanan pula, model N78 menyediakan slot mikroSD bagi menempatkan kad memori sehingga 8 Gigabait (GB).
Menerusi ruang simpanan sebesar 8GB itu, pelbagai aplikasi dapat disimpan didalam telefon bimbit.
Dari segi rekaan pula, N78 didatangkan dengan skrin luas sebesar 2.4 inci dan paparan antara muka yang menarik.
Model tersebut diserlahkan lagi dengan penerapan rekaan nipis serta kompak agar ia mudah dibawa kemana-mana.
Model tersebut hadir dengan dua warna menarik iaitu coklat koko dan biru lagun.
Sama seperti kewujudan telefon bimbit masa kini, N78 turut dilengkapi dengan sambungan USB2.0, Bluetooth dan juga kemudahan radio FM.
Kini, model ini boleh didapati di pasaran tempatan dengan harga runcit yang ditawarkan pada RM1,950.
|
 |
|
 |
PTPTN Turunkan Caj? |
 |
KUALA LUMPUR 9 Jun - Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) akan menurunkan caj perkhidmatan tiga peratus yang dikenakan ke atas peminjam dalam masa terdekat bagi mengurangkan bebanan mereka.
Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Idris Haron berkata, kementeriannya dan PTPTN bagaimanapun belum menentukan kadar baru caj itu kerana ia masih dalam peringkat perbincangan.
''Saya yakin caj itu akan diturunkan sebagai memenuhi permintaan peminjam agar kementerian dapat meringankan beban mereka," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Beliau mengulas isu caj perkhidmatan tiga peratus dikenakan PTPTN yang terus mendapat bantahan khususnya dalam kalangan peminjam tabung itu.
Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) baru-baru ini meminta pihak PTPTN mewujudkan panel syariah kerana terdapat dakwaan yang mengaitkan caj tersebut sebagai amalan riba yang bertentangan dengan Islam.
Idris berkata, caj itu dikenakan untuk menampung kos pengurusan dan pentadbiran tabung tersebut serta merupakan sumber pendapatan PTPTN untuk menampung pinjaman pelajar lain pada masa depan.
''Sumber kewangan itu digunakan untuk pengurusan semata- mata, kita tidak boleh terlalu bergantung dengan kerajaan kerana PTPTN merupakan pentadbiran korporat.
''Oleh itu, peminjam tidak terkecuali untuk membayar caj perkhidmatan itu, tambahan pula PTPTN terpaksa mentadbir sejumlah dana yang besar,'' jelas beliau.
Idris memberitahu, PTPTN tidak pernah menggunakan caj tiga peratus itu untuk kegunaan lain seperti yang pernah dipersoalkan sebelum ini.
Beliau menjelaskan, bagi pembiayaan kepada agensi pembiaya, PTPTN menggunakan sumber kewangan kerajaan.
''Kita dicaj oleh agensi pembiaya itu lebih daripada empat peratus dan kita membayarnya secara berskala,'' katanya.
Beliau turut menafikan bahawa caj perkhidmatan tiga peratus itu sebagai amalan riba.
Sebaliknya, jelas Idris, caj tersebut bukan faedah pinjaman kerana PTPTN tidak mengenakan sebarang faedah kepada peminjam.
|
 |
|
 |
Snake versi tiga dimensi |
 |
SEKIRANYA anda masih ingat, pernah satu ketika dulu, Nokia berjaya mempopularkan permainan Snake yang menjadi kegilaan ramai tanpa mengira usia.
Permainan tersebut yang mula diperkenalkan pada awal tahun 70-an itu telah berjaya menarik minat ramai pada lewat tahun 90-an selepas Nokia mengambil inisiatif dalam menyepadukan permainan tersebut agar dapat dimainkan pada telefon bimbit oleh orang ramai.
Justeru, Snake yang merupakan permainan menguji minda itu telah berjaya melahirkan peminatnya sendiri bukan sahaja di negara ini malah di serata dunia.
Sehubungan itu, Nokia sekali lagi mengorak langkah untuk menawarkan pengalaman baru kepada orang ramai dengan menghasilkan Snakes Subsonic versi baru tiga dimensi (3D).
Menurut Ketua Penerbitan Permainan Nokia. Dr. Mark Ollila, permainan Snakes Subsonic ini menawarkan pembukaan kepada pengguna terhadap kebangkitan evolusi permainan mobil yang menguji minda.
“Ini adalah kerana Snakes Subsonic hadir dengan paparan antara muka menarik serta memberi lebih cabaran kepada para pemain dalam menyelesaikan rintangan,’’ katanya.
Dalam pada itu, permainan Snakes Subsonic yang didatangkan dengan grafik 3D dan juga kesan muzik itu boleh dimainkan menerusi telefon bimbit Nokia model N-Gage.
Selain itu, para pemain juga berpeluang untuk berinteraksi serta memerah otak bagi mencuba untuk menyelesaikan permainan tersebut yang dibahagikan kepada zon.
Mereka harus menempuh halangan empat zon yang terbahagi kepada tanah, udara, air dan api sebelum ingin menamatkan permainan tersebut.
Sebelum itu juga, para pemain perlu menamatkan 40 peringkat pada setiap zon sebelum berpindah ke zon seterusnya.
Daripada segi pengendalian, tindak balas pantas merupakan elemen yang paling penting bagi menyelesaikan cabaran yang mendatang sebelum masa yang diberi tamat.
Lebih menarik, Snakes Subsonic tidak terhad kepada seorang pemain sahaja malah ia juga boleh dimainkan oleh dua orang serentak secara online.
Bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai permainan Snakes Subsonic versi baru itu, ia boleh didapati di laman web www.n-gage.com.
|
 |
|
|